Resepi Daging Masak Kurma

Resepi daging masak kurma. Daging masak kurma adalah menu lauk yang popular untuk kenduri. Kurma daging rasanya kurang berempah dan kurang pedas berbanding kari daging atau kerutuk daging, jadi ia memang sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang tak suka masakan pedas.

Berikut kami kongsikan cara memasak daging kurma.


Resepi Daging Masak Kurma

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 4-5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi daging masak kurma.

  • 500gm daging lembu
  • 1 paket kecil rempah kurma Adabi
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air (tambah jika mahu kuah lebih)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar minyak sapi atau mentega


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong daging sederhana kecil dan bersihkan. Kemudian tuskan.
  • Kupas dan potong dadu ubi kentang.
  • Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air supaya menjadi pes.
  • Kisar bahan tumis: bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia.
  • Belah empat bawang besar.

kurma daging sedap


Cara Memasak Kurma Daging

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan gulai kurma daging.

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dengan api yang sederhana. Tumis bahan-bahan tumis sehingga garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan pes kurma, kacau dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan gaul sebati. Kacau seketika sehingga daging kecut dan mesra dengan rempah.
  4. Tambah air, kuatkan api, kacau dan tudung periuk. Masak sehingga daging empuk dan lembut.
  5. Masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau rata dan renehkan dengan api kecil selama kira-kira 10 minit sehingga kentang empuk.
  7. Padamkan api, angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Daging masak kurma sedap dinikmati bersama nasi putih, nasi tomato, nasi beriyani atau nasi minyak.