Resepi Tumis Sardin Dengan Nenas

Cara masak tumis ikan sardin dengan nenas. Resipi sardin simple ini cukup mudah dan cukup cepat dimasak. Sangat sesuai bila sibuk atau bila tiada bahan lauk segar untuk dimasak. Bahan-bahan lain tu main campak-campak jer. Ikut sahaja apa yang ada dalam peti sejuk. Lagipun bagi peminat ikan sardin, masak apapun semua sedap.

Kebetulan ada nenas, jadi kita gunakan nenas. Jadi dah tak perlu guna asam dan gula, sebab nenas dah ada rasa masam manis.

Berikut kami kongsikan resepi ikan sardin dalam tin masak tumis dengan nenas yang sangat simple.


Resepi Tumis Sardin Dengan Nenas

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 2 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi tumis ikan sardin campur nenas.

  • 1 tin kecil sardin/mackerel dalam sos tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 keping nenas
  • 4 biji cili padi – optional
  • 1 biji cili hijau
  • ½ cawan air
  • Garam dan serbuk perisa secukup rasa

tumis sardin campur nenas

Sardin dengan nenas ... masam manis, sedap


Cara Memasak

Berikut adalah cara memasak ikan sardin tumis nenas.

  1. Ketuk bawang putih, potong kecil nenas, potong serong cili hijau, potong bulat bawang besar dan ketuk serai.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serai dan bawang besar. Tumis sehingga bawang putih layu. Kalau nak pedas masukkan sekali cili padi.
  4. Masukkan ikan sardin bersama sosnya (sardin Cap Ayam menjadi pilihan). Masukkan potongan nenas dan air. Kuantiti air bergantung kepada berapa banyak kuah yang dikehendaki.
  5. Bila mendidih masukkan cili hijau dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih seketika, kemudian tutup api. 
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.