Resepi Sotong Masak Hitam Kelantan

Sotong masak hitam Kelantan ialah sotong masak rebus paling mudah dan ringkas. Masakan ini menggunakan bahan yang minima untuk mengekalkan rasa manis sotong. Warna hitam kuahnya datangnya dari dakwat sotong. (Tiada kicap digunakan dalam masakan ini.)

Resepi sotong masak hitam pada asasnya adalah sama dengan sotong rebus serai. Cuma bezanya sotong masak serai biasanya tidak menggunakan dakwat sotong.

Berikut kami kongsikan resipi sotong masak hitam cara Kelantan.


Resepi Sotong Masak Hitam

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sotong masak hitam. Pilih sotong yang masih segar dan lagi best kalau yang bertelur.

  • 600gm sotong
  • Sedikit dakwat sotong
  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji cili hijau – optional
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya


Persediaan Bahan-bahan

  • Bersihkan sotong – asingkan kepala, buang tulang dan perut, dan asingkan (jangan buang) kantung dakwatnya.
  • Mayang halia, bawang merah dan bawang putih.
  • Ketuk serai, potong serong cili hijau.

sotong masak rebus serai hitam

Sotong masak hitam menu best untuk makan tengahari


Cara Memasak

Berikut adalah cara menyediakan sotong masak hitam.

  1. Masukkan serai, asam keping dan bahan yang telah dimayang ke dalam periuk.
  2. Masukkan air secukupnya, kemudian pecahkan beberapa kantung dakwat sotong ke dalam air, bergantung kepada tahap kehitaman kuah yang diingini. Kalau nak hitam pekat, masukkan banyak dakwat.
  3. Masak sehingga kuah menggelegak, kemudian masukkan sotong. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  4. Rebus sotong sehingga masak (dalam 1-3 minit sahaja). Jangan terlebih masak, sotong akan menjadi liat kalau dimasak terlalu lama.
  5. Akhir sekali masukkan cili hijau.
  6. Kemudian matikan api, angkat dan hidang.

Selamat mencuba resepi sotong masak hitam / sotong rebus serai Kelantan.