Resepi Som Tam Betik Muda Sedap
Som Tam atau kerabu betik merupakan salad yang sangat popular di negara Thai. Ianya rangup, segar dan penuh perisa. Som tam yang sedap ialah yang seimbang rasa manis, masam, masin dan pedas. Sayuran yang digunakan mestilah segar dan teksturnya mestilah rangup. Som tam enak dimakan begitu sahaja atau dengan pulut.
Berikut kami kongsikan cara membuat som tam / kerabu betik sedap.
Resipi Som Tam Sedap
Bahan-bahan
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi somtam. Pilih betik yang sudah kekuningan tetapi masih rangup.
- ½ biji betik setengah masak
- 4 sudu besar kacang tanah (tanpa selaput)
- 3 sudu besar udang kering
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar sos ikan Thai (nampla)
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis
- 3 sudu besar gula melaka yang diracik halus
- Sayur kangkung
Persediaan Bahan-bahan
- Kupas betik dan parut memanjang.
- Sagai (goreng tanpa minyak) kacang tanah dan udang kering.
- Potong dadu buah tomato.
- Potong limau nipis dan perah ambil jusnya.
- Bersihkan sayur kangkung dan tuskan.
Cara Penyediaan
Berikut adalah cara menyediakan somtam sedap.
- Masukkan gula Melaka dan bawang putih ke dalam lesung dan tumbuk sehingga hancur.
- Masukkan cili padi, udang kering dan 1 sudu besar kacang tanah yang telah digoreng ke dalam lesung.
- Tumbuk kasar. Cukup sekadar pecah, jangan sampai hancur.
- Kemudian masukkan parutan betik, buah tomato, sos ikan dan jus limau nipis. Gaul dan tumbuk lembut / tenyeh-tenyeh supaya mesra rasa.
Kalau tak muat lesung, tumbuk betik secara berasingan, kemudian gabungkan balik.
- Akhir sekali masukkan baki kacang goreng dan gaul.
- Hidangkan bersama kangkung.
Selamat mencuba resepi som tam atau kerabu betik muda.