Resepi Pasta Spiral Goreng Pedas

Pasta spiral goreng pedas. Kalau jemu makan nasi hari-hari, bolehlah cuba mee atau pasta pula.  Kali ini kita cuba masak pasta spiral goreng pedas, ditambah daging kisar, lala dan sayuran. Bagi yang meminati pasta bolehlah cuba resipi mudah ini.

Berikut dikongsikan cara memasak pasta spiral goreng pedas dengan lala dan daging kisar.


Resipi Pasta Spiral Goreng Pedas

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak pasta spiral goreng. Resipi ini tidak menggunakan tomato.

  • 250 gm (½ paket) pasta spiral (atau penne, makaroni)
  • 200 gm daging cincang (ground beef)
  • 300 gm lala
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 sudu besar cili kisar / cili boh
  • 5 biji cili padi - optional
  • 1 mangkuk sayuran potong – kobis, sawi dll.
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar garam (untuk merebus pasta)


Persediaan Bahan-bahan

  • Rendam lala dalam air garam selama 10 minit untuk mengeluarkan pasir. Kemudian bersihkan dan bilas.
  • Cencang bawang putih dan bawang besar. Potong kecil cili padi.

pasta spiral lala daging

Pasta spiral dengan grounnd beef dan lala ... yummy


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan pasta spiral goreng pedas.

  1. Masak pasta spiral sehingga al-dente, angkat dan tuskan. (Rujuk cara merebus pasta). Jangan buang air rebusan. Simpan dulu untuk digunakan kemudian.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dalam kuali besar dengan api sederhana hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, cili padi dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan setengah cawan air rebusan pasta, lala dan kicap. Kacau dan masak sehingga lala terbuka, dalam kira-kira 3 minit.
  5. Sebaik sahaja lala terbuka, masukkan pasta spiral dan sayuran. Gaul rata dan biarkan mesra dalam 1 minit atau sehingga kuah mencapai kepekatan yang anda suka.
  6. Matikan api, angkat dan hidangkan.

Nota: Sos/kuah pasta ini tidak menggunakan garam secara terus. Masin datang dari air rebusan pasta.


Cadangan Hidangan

Taburkan serbuk lada hitam, chilli flakes atau parutan keju sebelum makan.