Resepi Sotong Masak Stir-Fry

Sotong masak stir-fry. Sotong yang dimasak dengan kaedah kacau-goreng atau stir-fry memang mudah dan cepat disediakan. Sangat sesuai jika anda kesuntukan masa tapi masih mahukan masakan panas dan segar. Sotong kacau-goreng sedap di makan dengan nasi putih panas, telur dadar dan sambal belacan.

Berikut kami kongsikan resipi simple sotong goreng stir-fry dengan cili segar.


Resipi Sotong Kacau Goreng (Stir-Fry)

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 5 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk kacau goreng sotong. Kalau tiada cili, boleh sahaja digantikan dengan sayuran lain seperti putik jagung, bunga kobis atau kacang panjang.

  • 10 ekor sotong segar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji lada benggala (capsicum)
  • 1 biji cili merah
  • 2 pohon daun bawang
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Bersihkan sotong – buang perut dan pasi, kemudian bilas. Potong ikut suka atau biarkan tanpa dipotong.
  • Mayang bawang putih dan halia.
  • Potong cili merah, capsicum dan daun bawang. Potong baji bawang besar.

sotong


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengacau-goreng (stir-fry) sotong.

Proses memasak stir-fry berlaku dengan pantas, jadi pastikan bahan-bahan siap dipotong dan berada berdekatan. Sentiasa mengacau supaya bahan-bahan masak sekata dan tidak hangus.

  1. Panaskan kuali, kemudian masukkan minyak.
  2. Bila minyak mula berasap, masukkan bawang putih dan halia. Tumiskan sehingga bawang putih kekuningan.
  3. Masukkan sotong dan masak sehingga sotong berubah dari lutsinar kepada putih (dalam 2-3 minit).
  4. Kemudian masukkan bawang besar, diikuti dengan capsicum, daun bawang, cili hijau, air asam jawa, sos tiram, garam dan gula.
  5. Kacau-goreng sekejap sehingga bawang besar sedikit layu, kemudian matikan api.
  6. Angkat segera dan hidangkan panas-panas.