Resepi Nasi Goreng Udang Sedap

Cara membuat nasi goreng udang. Rahsia nasi goreng yang enak sempurna terletak pada nasinya. Nasi yang peroi (butir tidak melekat antara satu sama lain) mesti digunakan supaya setiap butir nasi disaluti perencah/tumisan semasa menggoreng. Nasi yang disimpan semalaman di dalam peti sejuk paling sesuai kerana permukaannya lebih kering dari nasi yang baru masak, jadi ianya lebih peroi.

Nasi goreng udang sedap, mudah dan cepat disediakan. Berikut kami kongsikan resipinya.


Resipi Nasi Goreng Udang

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng udang.

  • 3 mangkuk nasi sejuk
  • 1 ketul dada ayam
  • 6 ekor udang segar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 sudu besar cili boh/kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 4 batang kacang panjang
  • 1 pokok sawi
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Serbuk perasa (optional)


Persediaan Bahan-bahan

  • Bersihkan udang - belah belakang udang, tarik keluar urat hitam perlahan-lahan supaya tidak putus, bilas dan kemudian tuskan. Gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan
  • Leraikan nasi supaya tidak berketul.
  • Potong kecil dada ayam. Cencang bawang putih dan bawang merah. Potong sayur.

nasi goreng udang

Hidangan nasi goreng udang dengan ulam timun


Cara Memasak Nasi Goreng Udang

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan nasi goreng udang.

Pastikan bahan-bahan berada berdekatan kerana proses menggoreng nasi ni sangat cepat. Sentiasa kacau supaya bahan-bahan masak sekata dan tidak hangus.

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana besar. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga garing
  3. Masukkan udang dan goreng dalam 2-3 minit sehingga warna udang kemerahan.
  4. Masukkan sayur sawi, kacang panjang dan sos tiram. Kacau sekejap (dalam 1 minit).
  5. Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati. Perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa.
  6. Kacau-goreng 2-3 minit sehingga keseluruhan nasi masak sekata.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.