Resepi Donat Gebu Dan Lembut

Resipi donat gebu dan lembut. Donut merupakan kuih makanan ringan yang di sukai oleh semua peringkat umur. Donut versi lembut gebu ini ringan dan sesuai dijadikan snek untuk minum petang atau waktu bersantai.

Membuatnya agak mudah, dan bahan-bahannya senang didapati. Berikut kami kongsikan resepi mudah donat lembut dan gebu tanpa uli untuk para pembaca.


Resepi Donat Lembut Dan Gebu

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 25 minit ♦ Hidangan: 25-30 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi donat lembut dan gebu sukatan cawan.

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 paket 11g yis segera (Mauri-pan atau jenama lain)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 cawan air suam
  • Minyak masak untuk menggoreng


Persediaan Bahan-bahan

  1. Campurkan air suam, susu pekat manis, gula dan yis di dalam jag. Kacau seketika dan biarkan 10-15 minit sehingga campuran kembang dan berbuih.

donat gebu dan lembut

Kuih donut gebu dan lembut ... sedap, terbaik untuk minum petang


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat donut gebu.

  1. Gaulkan tepung gandum, garam, baking powder dan marjerin di dalam mangkuk besar. Tepung perlu menjadi seakan bread crumb yang halus.
  2. Masukkan campuran yis yang telah kembang dan gaul rata.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembap atau plastic wrap tanpa menyentuh doh (untuk mengelakkan permukaan doh kering dan membentuk kulit). Biarkan doh selama 1 jam atau sehingga ia naik dua kali ganda dari saiz asal.
  4. Selepas satu jam, tumbuk-tumbukkan doh bagi membuang gelembung udara.
  5. Keluarkan doh dan tabur tempat mencanai dengan tepung. Canaikan doh kepada ketebalan 1.5cm.
  6. Bentukkan donat dengan tangan atau potong menggunakan acuan donat. Atur di atas loyang yang telah disapu marjerin, tutup dengan kain lembap dan biarkan selama 30 minit supaya kembang sekali lagi.
  7. Goreng dalam minyak banyak (deep fry) dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.
  8. Biarkan donat sejuk kira-kira 1 minit sebelum ditabur salut dengan gula kastor.

Diharap para pembaca suka resepi donat lembut gebu ini.