Resepi Daging Goreng Kunyit

Daging goreng kunyit adalah masakan daging paling mudah tapi sedap. Aromanya yang wangi cukup membangkitkan selera. Masakan ringkas ini enak dinikmati panas-panas dengan nasi putih, telur dadar, ulam-ulaman dan sambal belacan atau budu. Sedap juga dimakan dengan pulut kuning.

Berikut kami kongsikan cara mudah memasak daging goreng kunyit.


Resipi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi daging goreng kunyit.

  • 300 gm daging lembu
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang kacang panjang
  • 1 biji cili hijau
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit)
  • ½ sudu kecil garam
  • Serbuk perasa - optional
  • 3 sudu besar minyak masak


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong daging nipis-nipis melintang urat. Kemudian bilas dan tuskan.
  • Tumbuk campuran garam, kunyit hidup dan bawang putih hingga lumat. Gaulkan daging dengan garam kunyit dan perapkan kira-kira 10 minit.
  • Gunakan serbuk kunyit jika tidak mahu menumbuk (tapi kunyit hidup rasanya lebih sedap dan baunya wangi). Gaulkan serbuk kunyit dengan garam. Bawang putih pula dihiris nipis.
  • Hiris bulat bawang besar dan potong serong kacang panjang dan cili hijau.

daging goreng kunyit kelantan sedap

Daging goreng kunyit hidangan best untuk makan tengahari


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak daging goreng kunyit.

  1. Masukkan daging ke dalam kuali. Masukkan air hingga tenggelam daging dan masukkan sesudu besar minyak. Rebus dengan api sederhana sehingga daging empuk. Tambah air jika air kering sebelum daging empuk.
  2. Setelah daging lembut dan air kering, masukkan minyak selebihnya, besarkan api dan goreng daging sehingga garing. Tahap kegaringan mengikut citarasa anda. Tambah garam dan serbuk perasa jika perlu.
  3. Masukkan bawang besar, kacang panjang, cili hijau dan kacau seketika sehingga sayur layu.
  4. Matikan api, angkat dan hidangkan panas-panas.