Resepi Nasi Ayam Terlajak Sedap

Resepi nasi ayam sedap. Terdapat lima komponen utama nasi ayam iaitu nasi, lauk ayam, sup, sambal kicap dan sambal cili. Menghasilkan nasi ayam yang sedap sebenarnya agak straightforward dan tidak memerlukan kemahiran tinggi. Anda cuma perlu mengikut resepi di bawah langkah demi langkah.

Berikut kami kongsikan cara memasak nasi ayam.

nasi ayam sheila rusly sedap azie kitchen

Nasi ayam terbaik dan paling sedap abad ini


Resipi Nasi Ayam

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 60 minit ♦ Hidangan: 6 orang


BAHAN-BAHAN

Berilkut adalah bahan-bahan untuk memasak nasi ayam. Walaupun bahan-bahannya nampak banyak, semuanya merupakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di rumah.


⦿ Bahan-bahan Kisar

Bahan kisar A: Campuran halia, bawang putih dan bawang besar

  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil garam


Bahan kisar B: Campuran cili, halia dan bawang putih

  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

⦿ Bahan-bahan Untuk Lauk Ayam
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu campuran halia, bawang putih dan bawang besar
  • 10 gelas air
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu - optional
  • Minyak untuk menggoreng (deep fry)

⦿ Bahan-bahan Untuk Sambal Kicap
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • Kicap perapan ayam
  • Kicap manis

⦿ Bahan-bahan Untuk Sambal Cili
  • ½ cawan air rebusan ayam
  • Campuran cili, halia dan bawang putih (bahan kisar B)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

⦿ Bahan-bahan Untuk Nasi
  • 4 pot beras Siam
  • 4 pot air rebusan ayam
  • 3 sudu campuran halia, bawang putih dan bawang besar
  • 2 sudu besar butter/ marjerin
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit - optional
  • 1 helai daun pandan

⦿ Bahan-bahan Untuk Sup
  • Air rebusan ayam
  • 1 sup bunjut
  • 3 biji bawang merah kecil
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daun sup


PERSEDIAN BAHAN-BAHAN

  • Kisar bahan kisar A - halia, bawang putih dan bawang besar. Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata: 1 bahagian untuk memerap ayam dan 1 bahagian lagi untuk nasi.
  • Kisar bahan kisar B - cili merah, cili padi, halia dan bawang putih untuk sambal cili.
  • Cuci bersih ayam dan jangan dipotong. Perapkan ayam dalam campuran halia, bawang putih dan bawang besar selama 30 minit.
  • Hiris bawang merah dan daun sup.


CARA MEMASAK

Berikut adalah cara memasak semua komponen nasi ayam - lauk ayam goreng, nasi, sambal kicap, sambal cili dan sup.


⦿ Lauk Ayam Goreng

Langkah-langkah untuk memasak lauk bagi nasi ayam:

  1. Rebus ayam bersama bahan perap sehingga ayam masak, kira-kira 30 minit. Kemudian keluarkan ayam dan tuskan.
  2. Potong ayam kepada empat bahagian, kemudian gaulkan dengan kicap, madu dan minyak bijan. Perap selama kira-kira 20 minit.
  3. Kemudian goreng dalam minyak banyak (deep fry) dengan api sederhana sehingga bahagian luar ayam sedikit garing. Gorengnya tak perlu lama, dan hati-hati supaya tidak hangus.
  4. Kemudian angkat dan tuskan.
  5. Potong kecil-kecil sebelum dihidangkan.

⦿ Nasi

Langkah-langkah untuk memasak nasi ayam:

  1. Basuh beras dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan butter/marjerin dalam rice cooker. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
  3. Masukkan beras dan gaul rata.
  4. Masukkan air rebusan ayam, serbuk kunyit dan daun pandan dan masak seperti nasi biasa.
  5. Bila rice cooker bertukar dari "Cooking" kepada "Keep Warm", kacau sekali supaya rasa dan warna sekata.

⦿ Sambal Kicap Nasi Ayam

Langkah-langkah untuk menyediakan sambal kicap nasi ayam:

  1. Didihkan air rebusan ayam bersama kicap yang digunakan untuk memerap ayam. Tambah kicap, air atau air rebusan jika perlu.

⦿ Sambal Cili Nasi Ayam

Langkah-langkah untuk menyediakan sambal cili untuk nasi ayam:

  1. Didihkan air rebusan ayam bersama cili dan campuran halia, bawang putih dan bawang besar.
  2. Tambah cuka, sos cili, garam dan gula secukupnya. Angkat bila pekat.

⦿ Sup Nasi Ayam

Langkah-langkah untuk memasak sup untuk nasi ayam:

  1. Tumis bawang merah dan sup bunjut dalam kuali berasingan sehingga bawang garing.
  2. Tuangkan tumisan ke dalam air rebusan ayam. Tambah garam, lada sulah dan serbuk perasa. Kemudian angkat.
  3. Taburkan hirisan daun sup bila menghidang.


Cadangan Hidangan

Hidangkan nasi ayam dengan ayam goreng, sup panas, sambal kicap, sambal cili dan sayuran seperti salad atau lettuce, timun dan tomato.