Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan

Resepi nasi kerabu kuning/tumis. Nasi kerabu tumis terdiri dari empat komponen utama iaitu nasi, sambal kelapa, tumisan dan kerabu ulam-ulaman. Nasi kerabu tumis biasanya diwarnakan kuning atau dibiarkan putih, manakala nasi kerabu tanpa tumisan (yang dikenali dengan nama nasi kerabu darat atau nasi kerabu Golok) biasanya diwarnakan biru atau hitam.


Resipi Nasi Kerabu Tumis

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 60 minit ♦ Hidangan: 8 orang


BAHAN-BAHAN

Berilkut adalah bahan-bahan untuk setiap komponen nasi kerabu tumis.


⦿ Bahan-bahan Untuk Nasi Kuning
  • 4 pot beras
  • Air secukupnya
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 4 helai daun limau purut

⦿ Bahan-bahan Untuk Tumisan / Kuah Tumis
  • ½ kg santan
  • 10 biji cili kering - direndam sehingga kembang
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 sudu besar budu - optional
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

⦿ Bahan-bahan Untuk Sambal Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3 ekor ikan selayang/kembung - dibakar atau rebus
  • 2 batang serai - dihiris halus
  • 5 biji bawang merah kecil
  • Garam dan gula secukup rasa

⦿ Bahan-bahan Untuk Kerabu

Kerabu terbaik mengabungkan ulaman yang memberi rasa dan aroma dan ulaman yang memberi tekstur (rangup/crunchy). Tiga empat jenis ulam sudah mencukupi.

  • Ulaman rasa/aroma - pucuk serai kayu / salam, daun kesum, bunga kantan
  • Ulaman yang - kacang panjang, timun, kobis bulat, taugeh


CARA MEMASAK

Berikut adalah cara memasak semua komponen nasi ayam - lauk ayam goreng, nasi, sambal kicap, sambal cili dan sup.


⦿ Nasi Kuning

Langkah-langkah untuk memasak nasi kuning untuk nasi kerabu:

  1. Basuh beras, kemudian masukkan serbuk kunyit dan daun limau purut (untuk aroma).
  2. Tambah air dan masak nasi seperti memasak nasi putih biasa.

⦿ Tumisan / Kuah Tumis

Langkah-langkah untuk memasak tumisan untuk nasi kerabu:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  2. Masakkan santan, bahan kisar, serai, asam keping dan masak sambil mengacau supaya santan tidak berketul.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan budu.
  4. Bila pecah minyak dan pekat, tutup api dan angkat.

⦿ Sambal Kelapa

Langkah-langkah untuk menyediakan sambal kelapa (sebenarnya sambal ikan campur kelapa) untuk nasi kerabu:

  1. Sangai (goreng tanpa minyak) kelapa parut hingga warna sedikit perang.
  2. Tumbuk serai yang dimayang bersama bawang merah, gula dan garam sehingga lumat. Kemudian tambah isi ikan dan tumbuk lagi untuk menggabung kesemuanya.
  3. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut yang siap digoreng.

⦿ Kerabu
  1. Hiris halus semua ulaman kecuali taugeh dan kacang panjang. Taugeh jangan potong, kacang panjang hiris ½ cm.
  2. Letak setiap ulam dalam bekas berasingan.

nasi kerabu kuning tumis kelantan dengan telur masin dan ikan celup tepung

Nasi kerabu kuning dengan ikan celup tepung dan telur masin ... cantik dipandang, sedap dimakan, kaya dengan serat


Cara Hidangan

Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letak kerabu atas nasi, kemudian letak sambal kelapa, dan akhir sekali tuangkan tumisan.

Nasi kerabu boleh dihidangan dengan ikan celup tepung, ayam bakar/goreng, daging bakar, telur masin, solok lada dan keropok keping goreng.