Resepi Kek Batik Lembut Sedap

Resipi kek batik lembut. Kek batik atau hedgehog slice ni senang dan cepat dibuat serta tak perlu membakar atau mengukus. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sebagai kudapan ataupun untuk minum pagi atau petang. Kanak-kanak mesti suka snek berperisa coklat ini.

Berikut dikongsikan resipi kek batik lembut/moist sukatan cawan tanpa telur.


Resipi Kek Batik Lembut / Moist

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 25 ketul


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek batik. Resipi kek batik ini tidak menggunakan telur. Sukatan boleh diubah terpulang kepada citarasa.

  • 1 cawan (100gm) Milo
  • 1 bungkus (300gm) biskut marie
  • ½ buku (125gm) butter/mentega
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ¾ tin (375gm) susu pekat atau krimer manis
  • Chocolate rice - optional


Persediaan Bahan-bahan

  • Pecah-pecahkan setiap keping biskut Marie kepada 3-4 bahagian.
  • Alas loyang 8x8 inci dengan kertas parchment atau aluminium foil. Kertas hendaklah menutup dasar dan juga sisi loyang.

resepi kek batik sukatan cawan lembut tanpa telur ala azlina ina tanpa cheese, nestum atau kukus


Cara Membuat Kek Batik

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan kek batik.

  1. Potong butter kecil-kecil dan masukkan dalam kuali. Cairkan menggunakan api kecil.
  2. Kemudian masukkan Milo, susu pekat manis dan serbuk koko. Kacau sebati menggunakan hand whisk sehingga pekat dan pastikan adunan coklat tidak berketul. Tutup api.
  3. Tuangkan sedikit adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan.
  4. Susun satu lapis biskut Marie dalam loyang. Kemudian tuang sedikit adunan coklat ke atas lapisan biskut dan ratakan sehingga keseluruhan biskut dilitupi adunan. Ulangi untuk lapisan-lapisan seterusnya sehingga biskut dan adunan habis.
  5. Akhir sekali tabur chocolate rice untuk topping/hiasan.
  6. Simpan dalam peti sejuk semalaman supaya adunan mengeras.
  7. Potong (kepada segiempat bersaiz 2x2 inci) sebaik sahaja keluar dari peti sejuk supaya dapat potongan cantik.