Resepi Udang Goreng Kunyit
Resipi udang goreng kunyit simple dan sedap. Udang goreng kunyit adalah menu mudah yang menyerlahkan keenakan dan kemanisan udang. Kombinasi rasa manis udang segar dan keharuman kunyit hidup cukup membangkit selera. Rasanya sedap, memasaknya ringkas dan cepat.
Berikut kami kongsikan resipi udang goreng kunyit yang senang dan sedap.
Resipi Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi udang goreng kunyit.
- 12 ekor udang segar saiz sederhana besar
- 3 cm kunyit hidup
- 1 cm halia
- 1 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- 1 biji cili hijau
- 3 sudu besar minyak masak
Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit, tapi kunyit hidup lebih wangi dan sedap.
Persediaan Bahan-bahan
- Bersihkan kunyit, kupas dan tumbuk bersama bawang putih dan garam sehingga lumat.
- Bersihkan udang dan tuskan. Kemudian gaulkan udang dengan garam kunyit dan perap selama 5-10 minit.
- Potong serong cili hijau.
Cara Memasak
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan udang goreng kunyit.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masukkan udang, ratakan supaya setiap ekor menyentuh kuali. Balik-balikkan semasa digoreng supaya kedua belah masak sekata. Goreng selama lebih kurang lima minit bergantung kepada saiz udang.
- Bila udang bertukar ke warna kemerahan, masukkan cili hijau, kacau sekejap dan angkat. Jangan masak udang terlalu lama, isinya akan menjadi liat.
- Hidangkan panas-panas.