Resepi Sambal Padang/Minang Merah Asli

Resipi sambal merah Padang / Minang. Sambal merah dan sambal hijau (ijo) Padang (Minang) merupakan menu sampingan pelengkap yang wajib bagi masyarakat Minang bila mereka makan nasi. Ia adalah sejenis sambal goreng yang dibuat menggunakan campuran lada segar, bawang merah dan asam (biasanya tomato).

Berikut kami kongsikan resipi sambal Padang merah yang asli untuk anda cuba buat sendiri di rumah.


Resipi Sambal Padang Merah

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 1 mangkuk


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sambal merah Minang. Kalau nak lagi pedas lebihkan cili padi.

  • 10 biji cili merah segar
  • 5 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji buah tomato merah
  • 3 sudu besar minyak masak (lebih sedap kalau guna minyak bekas menggoreng ayam)
  • Air
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Buang tangkai dan potong cili merah dan cili padi. Tumbuk kasar.
  • Hiris bawang merah dan potong dadu tomato.

sambal padang merah minang

Sambal Padang merah ... sesuai digandingkan dengan apa sahaja


Cara Menyediakan

Berikut adalah cara memasak sambal Padang merah.

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang sehingga layu.
  2. Masukkan cili yang telah ditumbuk dan tomato. Tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak.
  3. Tambah air kalau sambal terlalu kering.
  4. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  5. Padamkan api dan angkat.


Cadangan Hidangan

Sedap dimakan dengan nasi panas, ia adalah pembangkit selera sepertimana sambal belacan dan budu. Sambal merah padang juga sesuai diletak ke atas sebarang lauk goreng seperti ayam goreng, ikan keli goreng, daging goreng, atau ikan bilis goreng.