Resepi Air Limau Kasturi Dengan Pudina

Cara membuat air limau kasturi dengan pudina (mint). Minuman limau kasturi (juga dikenali dengan nama Calamansi atau Kalamansi ) dengan pudina menghilangkan dahaga, menyegarkan badan ketika cuaca panas serta dapat membantu penghadaman. Minuman ini (tanpa gula dan ais) juga bagus untuk morning detox.

Berikut kami kongsikan resipi air limau kasturi dengan pudina yang sangat mudah disediakan.


Ramuan / Bahan-bahan Air Limau Kasturi Pudina

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air limau kasturi pudina. Limau kasturi boleh juga diganti dengan limau nipis atau lemon.

  • 15 biji limau kasturi (kalamansi)
  • 6 helai daun pudina (mint)
  • 8 sudu gula pasir
  • 2 sudu madu (opsyenal)
  • 3 cawan air
  • Ais

jus limau kasturi kalamansi dengan pudina mint


Cara Membuat Air Limau Kasturi Pudina

Masa penyediaan: 10 minit

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan air limau kasturi pudina.

  1. Ramas daun pudina dan masukkan ke dalam jag.
  2. Cuci dan potong dua limau kasturi. Perahkan dan tapis jusnya masuk ke dalam jag.
  3. Masukkan gula pasir, madu dan air.
  4. Kacau sehingga gula hancur. Tambah gula atau madu jika kurang manis.
  5. Biarkan selama 10 minit supaya semua rasa bercampur mesra (infused).
  6. Kacau dan tuang ke dalam gelas berisi ais sebelum minum.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 5 orang

Air minuman limau kasturi pudina sesuai diminum sejuk di waktu tengahari, ketika cuaca panas atau selepas penat dari aktiviti sukan/riadah.