Acar / Salad Nenas Berlada

Acar atau salad nenas berlada ini amat mudah disediakan, tanpa perlu memasak. Menu paling simple ini sedap dimakan begitu sahaja atau dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi beriani. Acar nenas ni sering juga dijadikan sebagai hidangan sampingan di kenduri kahwin di Kelantan.


Resipi Acar Nenas Berlada

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 0 minit ♦ Hidangan: 6 orang


Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk acar nenas berlada adalah:

  • 1 biji nenas
  • 3 sudu besar serbuk lada kasar (chilli flakes)
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam


Persediaan Bahan-bahan

  1. Kupas nenas, buang mata, kemudian potong dadu sebesar ibu jari.
  2. Empulur jangan dibuang, cuma potong kecil sedikit. Ia rangup dan memberi variasi kepada tekstur salad.

acar colek jelatah nenas berlada


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan acar atau salad nenas berlada.

  1. Campurkan nenas yang telah dipotong dengan garam, gula dan serbuk cili kasar di dalam bekas berpenutup/tupperware dan gaul sebati.
  2. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  3. Keluarkan dari peti sejuk bila nak makan. Hidangkan sejuk-sejuk baru best dan nyaman.