Resepi Ayam Paprik Sedap

Resipi ayam paprik. Ayam masak paprik adalah masakan panas ala Thai yang mudah, sedap dan cepat dimasak. Ianya menu 2 dalam 1 kerana ia mengandungi kedua-dua lauk (ayam) dan sayuran.

Berikut kami kongsikan resipi ayam paprik ala Thai untuk para pembaca.


Ramuan / Bahan-bahan Ayam Paprik

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam paprik.

  • 1 keping dada ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi (kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 batang lobak merah
  • 100 gram bunga kubis
  • 3 biji putik jagung
  • 3 batang kacang panjang / 10 batang kacang buncis
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 30 minit

  • Bersihkan dan potong kecil daging ayam.
  • Ketuk bawang putih dan serai.
  • Potong serong cili api
  • Belah enam bawang besar dan leraikan.
  • Potong kecil lobak merah, bunga kobis, kacang panjang dan putik jagung.

resepi ayam paprik ala Thai ringkas cepat sedap

Ayam paprik siap ... tanpa bawang besar


Cara Memasak Ayam Paprik

Masa memasak: 20 minit

Berikut adalah langkah-langkah memasak ayam paprik.

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi sehingga wangi.
  2. Tambahkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam, besarkan api dan kacau rata.
  4. Masukkan lobak merah, sos tomato, kicap pekat manis, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan pula kacang panjang, bunga kobis, putik jagung dan daun limau purut. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Tambahkan air sekiranya ingin berkuah.
  7. Masak sehingga sayur empuk.
  8. Padamkan api dan angkat.


Cara Hidangan

Hidangan: 4 orang

Hidangkan ayam paprik panas-panas bersama nasi putih, telur dadar dan sambal belacan. Sedap juga dimakan bersama mee, spaghetti atau bihun.