Resepi Spaghetti Tuna Simple

Spaghetti tuna ini menggunakan ikan tuna dalam tin sebagai asas kuah, ditambah dengan capsicum dan lada hitam. Menu yang senang dan cepat dimasak, menyihatkan, tak pedas dan mesra kanak-kanak.

Berikut dikongsikan resipi spaghetti dengan tuna simple.


Ramuan / Bahan-bahan Spaghetti Tuna

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat spaghetti tuna.

  • 1 paket 500 gm spaghetti (atau lain-lain pasta)
  • 2 tin tuna in brine atau in oil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji lada benggala (capsicum)
  • 1 sudu kecil serbuk cili kasar (chilli flakes)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • Garam
  • Lemon atau limau kasturi


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 5 minit

  1. Mayang bawang putih, tumbuk kasar lada hitam, buang biji dan potong dadu lada benggala.
  2. Ceraikan isi ikan tuna dengan garpu.

spaghetti tuna lada hitam mudah simple dan sedap


Cara Membuat Spaghetti Tuna

Masa memasak: 15 minit

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan spaghetti tuna. Spaghetti dan sos boleh dimasak serentak untuk jimatkan masa.


Cara merebus spaghetti

  1. Masak air dalam periuk besar.
  2. Bila air mendidih, masukkan satu sudu besar garam dan kemudian masukkan spaghetti. Kacau spaghetti supaya tidak melekat.
  3. Bila spaghetti al-dente (sudah boleh dimakan tapi bahagian dalamnya masih sedikit keras, selepas dimasak sekitar 8 minit), angkat dan tuskan.
  4. Jangan buang kesemua air rebusan spaghetti. Simpan dua cawan untuk diguna kemudian.


Cara memasak sos

  1. Masukkan minyak dan bawang putih ke dalam kuali, kemudian panaskan dengan api sederhana.
  2. Bila bawang putih dah mula nak garing, masukkan chilli flakes dan teruskan menumis selama 30 saat, sehingga bawang putih dan chilli flakes garing.
  3. Masukkan satu cawan air rebusan, kacau rata dan reneh selama 1-2 minit untuk membentuk sos.
  4. Kemudian masukkan spaghetti, lada hitam, ikan tuna dan lada benggala. Gaul sebati sehingga sos kering.
  5. Akhir sekali matikan api, angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 5 orang

Spaghetti tuna sedap dimakan ketika panas. Perah limau kasturi/lemon, taburkan parutan keju, chilli flakes / hirisan cili padi jika suka.